MUHASABAH DIRI (09/11/2021)
Setiap orang menjalani kehidupan berdasarkan amalan yang telah dilakukan semasa menjalani kehidupan di dunia. Sama ada kekal di dalam syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan atau di dalam neraka yang dipenuhi dengan azab serta kesengsaraan dan..
"Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilan-Nya."
(Surah An-Nur : 25)
Manakala golongan yang bertakwa pula akan mendapat tempat yang terbaik di alam akhirat.
"Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertaqwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" Mereka menjawab: "Kebaikan" orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertakwa."
(Surah An-Nahl : 30)
Kematian tidak mengenal usia sama ada kita masih muda atau sihat sekalipun. Ianya adalah rahsia Allah yang telah terpatri di dalam Lauh Mahfuz lagi. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berdoa agar dapat menjalani kehidupan yang sejahtera di akhirat kelak dengan bertakwa padaNya..
"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka."
(Surah Al-Baqarah : 201)
Maha Suci Allah
Allah Maha Besar
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Yang Mentadbir Sekalian Alam
Wallahua'lam
Sumber: DAKWAH ISLAM
0 Response to "MUHASABAH DIRI (09/11/2021)"
Post a Comment