-->

7 AMALAN YANG DIJANJIKAN KE SYURGA

Segala Puji Dan Syukur Bagi Allah Tuhan Yang Memelihara Dan Mentadbir Sekalian

1 - Membaca Doa Selepas Wuduk

Sabda Rasullullah Sallahu Alaihi Wasalam maksudnya :

“Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata, “Asyhadu allaa ilaaha illallah wahdahu laa syariikalahu . Wa asyhadu anna Muhammadan’abduhu wa rasuuluhu Allahumma-j alnii minattabinna waj alnii minal mutathohiirina waj alnii min ‘ibadatishalihin.”

Maksudnya : "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah Esa (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri" akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka."
(Hadis Riwayat ImamTarmizi( 50) ; Sahih: Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148) 

2 - Membaca Ayat Kursi Selepas Solat Fardhu

Daripada Abi Umamah Radiallahu anhu bahawa Nabi Salallahu Alaihi Wasalam bersabda :

“Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati”.
(Hadis Riwayat al-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir (7532)] [Hadis Riwayat al-Nasa’ie di dalam al-Sunan al-Kubra (9848)
(Hadis ini dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban)

3 - Membaca Penghulu Istighfar.

*اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِى ، وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَ وَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِى فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لاَ يَغفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ*

Maksudnya, "Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan kecuali Engkau. Engkau ciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku berada di atas janjiMu, semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui banyaknya nikmat (yang Engkau anugerahkan) kepadaku dan aku mengakui dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Kerana sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau” 

Barangsiapa membacanya ketika petang hari dan kemudian meninggal pada malam itu, maka ia akan masuk syurga. Dan, barangsiapa membacanya pada pagi hari serta meyakini kandungannya, kemudian meninggal pada hari itu, maka ia akan masuk syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari dalam Shahihnya No. 5947 dan 5964)

4 - Membaca Zikir : Laa hawla wa laa quwwata illa billah’.

Maksudnya, "Tidak ada daya upaya dan kekuatan kecuali atas pertolongan Allah"

Kalimat ini adalah kalimat yang ringkas, namun syarat makna dan memiliki keutamaan yang luar biasa. Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi  Wasallam pada ‘Abdullah bin Qois :

“Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga”
(Hadis Riwayat Bukhari no. 7386)

5 - Mengucapkan Kalimah : La ilaha illaLlah” Di Akhir Hayat Sebelum Meninggal Dunia

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wasallam :

Barangsiapa akhir perkataannya adalah “La ilaha illaLlah” dia masuk syurga"
(Hadis Sahih: Hadis dari Muadz bin Jabal radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Bazzar, al-Thabarani (al-Mu’jam al-Kabir), al-Baihaqi (Syu‘abu al-Iman) dan al-Hakim, dinukil dan dinilai sahih oleh al-Suyuti dalam al-Jamii’ al-Sagheir – no: 8965 dan dipersetujui sahih oleh Nasr al-Din al-Albani dalam Sahih al-Jamii’ al-Sagheir – no: 6479)

6 - Berdoa Mohon Tempat Yang Terbaik Di Akhirat.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :

”Siapa yang meminta syurga 3 kali, maka syurga akan berkata: ’Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga.’ Dan siapa yang memohon perlindungan dari neraka 3 kali, maka neraka akan berkata: ’Ya Allah, lindungilah dia dari neraka.”
(Hadis Riwayat Ahmad 12585, Nasai 5521, Tarmidzi 2572 dan yang lainnya. Hadis ini dinilai hasan oleh Syuaib al-Arnauth dan dinilai sahih oleh al Albani)

7 - Membaca Surah Al Ikhlas 10 Kali.

Dari Mu’adz bin Anas Al-Juhaniy radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :

“Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai ia merampungkannya (surah Al-Ikhlas, pen.) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga.”
(Hadis Riwayat Ahmad, 3: 437)

Maha Sucinya Allah
Allah Maha Besar Lagi Maha Bijaksana
Segala Puji Dan Syukur Bagi Allah Tuhan Yang Memelihara Dan Mentadbir Sekalian
Wallahua'lam

Sumber: DAKWAH ISLAM

0 Response to "7 AMALAN YANG DIJANJIKAN KE SYURGA"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel